Mesyuarat Pusat Internet Daerah Bau bersama Penghulu, Ketua Kaum & JKKK Kampung

9 April 2019 | Aktiviti Terkini

Mesyuarat Pusat Internet Daerah Bau bersama Penghulu, Ketua Kaum & JKKK Kampung ini telah diadakan pada hari Isnin, 8 April 2019.

Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan perjalanan program anjuran Pusat Internet Daerah Bau untuk para pemimpin tempatan iaitu Bengkel ICT dan Program Advokasi Kempen Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile E-Waste dan Check Your Label agar setiap pemimpin tempatan celik IT dan mampu menggunakan komputer dengan baik untuk menjalankan urusan kerja mereka. Dalam mesyuarat ini, topik-topik yang akan diajar serta tarikh, masa dan lokasi Bengkel ICT dan Program Adokasi dijalankan turut dibincang dan ditetapkan untuk setiap zon di daerah Bau.

Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk membincangkan tentang kempen kesedaran KDB, Mobile E-Waste dan Check Your Label yang dirancang pada Hari Bau Gawai Sales yang akan diadakan pada 3 Mei 2019.

Mesyuarat yang dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Bau selama 2 jam bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh 7 orang Penghulu, 4 orang wakil Pusat Internet dan 1 Pegawai dari Pejabat Daerah Bau.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali